Adeh… Takleh Print La Pulak!

Biasa tak kena situasi macam ni? Dah buat design banner penat-penat dalam Gemini atau Chatgpt, kemudian mai time nak cetak, kedai printing bagitau design yang kita hantar tu tak boleh dicetak.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Sebenarnya, design yang kita buat dalam aplikasi AI biasanya dihasilkan dalam resolusi web – maksudnya sesuai untuk paparan secara maya dalam skrin.

Resolusinya kecil, biasanya 72ppi – sedangkan untuk fail cetakan, kita perlukan fail design dengan resolusi sebesar 300ppi!

Habih, apa kita kena buat?

Jangan gelabah, jangan panik. Tarik nafas dalam-dalam….ok. Selepas dah siap design, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan ‘membesarkan’ resolusi fail tersebut dengan bantuan AI.

Ini boleh dilakukan menerusi penggunaan ‘upscaler’.

An upscaler is a tool or software feature that increases the resolution of a digital image, video, or game. It takes low-resolution content and generates extra pixels so it looks clear and sharp on bigger, high-definition screens.

Apa yang upscaler ni buat?

Aplikasi-aplikasi ini akan menggunakan kecerdikan buatan (artificial intelligence) untuk membantu mengenal imej yang dimuatnaik serta sifat-sifatnya. Ianya kemudian akan menjana kembali imej tersebut (atau dalam kata lain – membaiki) dalam resolusi yang lebih besar dan lebih cantik.

Banyak tools upscaler percuma boleh anda gunakan, antaranya canva, imgupscaler.com, photiu.ai, dan picsart – sebahagiannya membenarkan pembesaran imej sehingga 4X secara percuma.

Muatnaik fail design anda, pilih saiz pembesaran yang anda perlukan dan kemudian aplikasi tersebut akan membesarkan saiz fail design anda tanpa menjejaskan kualiti design anda.

Jadi, lepas ni anda tak pening kepala lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *