Kalau dulu, nak hasilkan imej photo manipulation ni amat susah, biasanya hanya mereka (designer) yang berstatus pro saja yang mampu menghasilkannya.

Ini kerana, photo manipulation bukan sekadar edit gambar biasa-biasa, tapi lebih dari itu, kita menyunting beberapa keping gambar untuk menghasilkan satu gambar yang baru (totally new) yang sama sekali berbeza daripada gambar asalnya.
Apa itu Photo Manipulation?
Secara mudahnya, teknik ini boleh didefinisikan seperti berikut:
Photo manipulation is the process of significantly altering a photograph to create a new image, using photo editing tools like Adobe Photoshop or the Canva Photo Editor. It differs from basic photo editing by physically changing the structure, elements, or meaning of the original picture.
Mudah cerita ginilah…
Anda berimaginasi nak hasilkan satu gambar yang biasanya tak masuk akal. Maka anda akan menggunakan beberapa keping gambar atau bahan grafik, untuk membantu anda menghasilkan satu gambar baru seperti yang diimaginasikan.
Contoh-contoh gambar yang dihasilkan menggunakan teknik ini:
Contoh Imej Photo Manipulation dan Prompt
Sekarang, dengan adanya AI, anda tak perlu lagi mahir menggunakan perisian grafik/photo editing seperti Photoshop, untuk menghasilkan imej imaginasi anda.
Hanya berbekalkan aplikasi Ai seperti Gemini dan ChatGPT (atau bagi yang pro – Midjourney), anda boleh berimaginasi dan kemudian, dengan beberapa baris prompt, anda dah boleh buat satu imej baru.
Misalnya, kita nak buat seorang perempuan sedang melukis gambar burung, dan burung yang dilukis tu kemudiannya terbang keluar daripada kanvas.

Jadi, untuk hasilkan imej ini, promptnya saya sediakan seperti di bawah:
“A Malay female painter sits on a wooden chair, holding a paintbrush while painting a bird on a large white canvas board. The painter wears Islamic hujan and simple attires. The painting of the hornbill bird on the canvas looks alive, with parts the wings of the birds are transformed into real birds flying out of the canvas. The birds are brightly colored, like tropical birds, and they seem to fly in the air in various directions. The background of the artist’s studio is decorated with art equipment, paint bottles, and a worn patterned wall Soft sunlight enter the space through the window, adding a magical atmosphere to the atmosphere. This picture is full of surreal elements, very detailed, with a photo manipulation style.”
Kalau rajin, anda boleh cuba 🙂




Leave a Reply