Projek-projek Khat Thuluth

Sepanjang terlibat dengan kerja-kerja design ni, kerapkali juga kami diminta untuk menyediakan design khat (Thuluth) untuk para pelanggan kami.

Apa itu khat thuluth?

Khat Thuluth ialah sejenis skrip seni khat Arab klasik yang sangat popular dan terkenal dengan keindahannya yang dinamik. Dikenali sebagai “Ummul Khat” (ibu segala tulisan), namanya berasal daripada perkataan Arab “satu pertiga”, merujuk kepada saiz dan cerun menegaknya yang ditulis menggunakan mata pena khas.

Di bawah adalah beberapa contoh khat thuluth yang pernah kami hasilkan untuk beberapa buah institusi:

Proses menyediakan khat thuluth ini terbahagi kepada beberapa fasa. Fasa pertama mendapatkan ejaan yang betul – ini part paling penting kerana sebarang kesalahan ejaan menyebabkan khat terpaksa didesign semula.

Fasa berikutnya ialah menyediakan rekaan khat dalam aplikasi Kelk. Aplikasi ini membolehkan kita membuat draf design khat thuluth sebelum penyediaan fail akhir.

Akhir sekali, fail yang telah disiapkan di dalam Kelk akan dihasilkan semula menerusi teknik ‘tracing’ menggunakan Adobe Illustrator. Di sinilah proses merekabentuk fail thuluth yang sebenar dan penyediaan fail vektor khat thuluth berlaku.

Nak tempah khat thuluth? Maklumkan kepada kami 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also enjoy…