Khat Thuluth ini dihasilkan untuk Surau Al-Hikmah, PULAPOL, Langkawi.
Latest Articles
LOGO MONTREE
Hari ini satu lagi kerja design telah kami siapkan. Logo untuk projek pendidikan maya – MONTREE.
Ringkasan logo – motif utama logo ialah rupa sebuah pokok yang diringkaskan. Motif pokok itu pula dilingkari dengan bingkai berbentuk bulat yang menggambarkan rupa bulan.
LOGO-LOGO KUFI
Tahukah anda, selain menjadi salah satu seni dalam tulisan Arab/Jawi, khat kufi juga sering dijadikan motif dalam rekaan logo.
tapi…apa itu khat kufi?
The Kufic script is a style of Arabic script that gained prominence early on as a preferred script for Quran transcription and architectural decoration, and it has since become a reference and an archetype for a number of other Arabic scripts. It developed from the Arabic alphabet in the city of Kufa…
Sepanjang keterlibatan kami dalam bidang merekabentuk logo, banyak logo bermotifkan khat kufi yang telah kami hasilkan (slideshow di bawah):
DESIGN-DESIGN LOGO 2024
Sepanjang tahun 2024, kami telah terlibat dengan beberapa kerja design logo. Daripada logo perniagaan, pendidikan hinggalah ke logo-logo program seperti konvensyen dan muktamar.
Dalam banyak-banyak projek, ada dua projek besar design logo yang telah kami terima – Logo Rumah Terbuka PAS Pusat dan logo Konvensyen Rumahtangga Sejahtera yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Julai lalu.
Di bawah kami paparkan sebahagian daripada projek design yang telah kami siapkan sepanjang tahun ini.
ARTWORK KONVENSYEN RUMAHTANGGA SEJAHTERA
Konvensyen Rumahtangga Sejahtera – begitulah nama programnya. Berlangsung pada 7 Julai 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kami telah diberi kepercayaan selaku pereka grafik bagi konvensyen tersebut.
Apa design yang kami buat?
Logo, cover buku program, backdrop program sampailah ke tag yang dipakai oleh para jemputan dan jawatankuasa program. Hampir sebulan jugalah masa yang diambil untuk menyelesaikan semua design tersebut.
LOGO RUMAH TERBUKA PAS PUSAT
Alhamdulillah, logo yang kami hasilkan terpilih sebagai logo rasmi Rumah Terbuka PAS Pusat 2024 yang berlangsung di Perlis pada bulan April lalu.
Mengambil masa kira-kira satu hari untuk disiapkan, logo ini secara umumnya menggunakan tiga warna utama iaitu biru dan kuning (merujuk kepada warna bendera negeri Perlis) serta hijau (PAS).
Motif utama dalam logo ialah ketupat yang menggambarkan sambutan hari raya Aidilfitri manakala pada bahagian atas ketupat pula terdapat ilustrasi dua bendera iaitu bendera PAS (penganjur utama program) dan bendera negeri Perlis yang merupakan tuan rumah acara pada tahun ini.
Logo ini direka sepenuhnya menggunakan Adobe Illustrator.