Latest Articles

Terima Kasih Kerajaan!

Alhamdulillah, hasil kesedaran dan kesatuan umat Islam, kerajaan akhirnya mendengar desakan agar operasi kilang arak dihentikan sepanjang pelaksanaan ‘Total Lockdown’ ni. Walaupun hanya bersifat sementara, tapi sekurang-kurangnya nampak ada usaha untuk menyatakan bantahan terhadap minuman yang diharamkan oleh syarak ini.

Moga-moga ianya permulaan kepada sesuatu yang lebih baik untuk negara kita. Arak ni terang-terang mendatangkan lebih banyak MUDHARAT berbanding MANFAAT bukan sahaja kepada umat Islam bahkan kepada seluruh manusia.

Kalau masih ada orang yang mengaku Islam tapi tegar menyokong penjualan arak ni, taktau nak kata apa la…

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Maidah: 90)

Satu pintu maksiat ditutup, banyak pintu kebaikan Allah akan bukakan, Insya-Allah.

—–

  • Tiga gambar yang digunakan untuk menghasilkan poster di atas:

Jangan Hina Mufti!

Nah. Kes Covid-19 naik mencanak-canak sejak hari raya Aidilfitri baru-baru ni. Kalau dulu bilangan kes dalam lingkungan 2 – 3 ribu, sekarang dah cecah angka 7 ribu. Yang meninggal pula tak kurang daripada 50 orang setiap hari!

Apakah ini ‘harga’ yang terpaksa kita bayar akibat ingkar pada fatwa mufti dan pandangan alim ulamak? Apakah ini ‘hadiah’ daripada Allah dek kerana keceluparan kita menghina mereka?

Poster ini saya buat pada 1 Mei yang lalu. Diposkan di facebook dengan bilangan share lebih 2000. Berikutan sharing yang begitu banyak itu juga saya mengambil keputusan untuk menutup fungsi komen pada fb tersebut akibat ‘segelintir komen yang tidak sihat’ oleh mereka yang nampak gayanya tidak berpuas hati dengan mufti.

Benarlah pesan Ibnu Asakir Rahimahullah (Mafhumnya mencela ulamak, hakikatnya sedang mencela dan berusaha merosakkan diri sendiri);

“Takutlah kamu kepada daging ulamak, kerana ianya beracun.”

[lihat Tabyin kazib al-Muftari, hlm 29-30]

FB pun Koyak!

Kami tak sangka, kerana poster dan beberapa baris kenyataan jurucakap HAMAS, Abu Ubaidah, yang saya petik balik dalam facebook, telah menyebabkan akaun facebook saya diberikan amaran.

Ya, nasib baik baru amaran, ramai lagi yang kurang bernasib baik, siap kena delete lagi akaun fb diorang!

Ingatkan Israel je yang koyak, facebook pun turut sama koyak 😀

Sebenarnya, proses menghasilkan poster ni simple saja berbanding poster-poster lain. Cuma ada tiga gambar yang digunakan manakala proses editing pula kalau tak silap, tak sampai sejam sebab gambar asalnya pun dah memang menarik. Font yang digunakan pun hanya satu saja manakala gambar pedang tu pun diambil dari Google.