Alhamdulillah, logo yang kami hasilkan terpilih sebagai logo rasmi Rumah Terbuka PAS Pusat 2024 yang berlangsung di Perlis pada bulan April lalu.
Mengambil masa kira-kira satu hari untuk disiapkan, logo ini secara umumnya menggunakan tiga warna utama iaitu biru dan kuning (merujuk kepada warna bendera negeri Perlis) serta hijau (PAS).
Motif utama dalam logo ialah ketupat yang menggambarkan sambutan hari raya Aidilfitri manakala pada bahagian atas ketupat pula terdapat ilustrasi dua bendera iaitu bendera PAS (penganjur utama program) dan bendera negeri Perlis yang merupakan tuan rumah acara pada tahun ini.
Logo ini direka sepenuhnya menggunakan Adobe Illustrator.