A high-angle photograph of a man, wearing a white t-shirt and black pants, sitting dejectedly on a rough, cracked concrete floor in a dimly lit room. He has his head buried in his arms, knees drawn up, with his back mostly towards the camera. Harsh, directional sunlight streams through a barred window on the left, casting deep shadows and sharp, distinct vertical light bars across the floor and the opposite wall. On the wall, illuminated by the light, is a precise, dark-ink calligraphy of an Arabic verse from the Quran: ‘نِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ’ followed by the verse number (40), and directly below it, the Malay translation: ‘Dia sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. (QS. Al-Anfal: 40)’. The surrounding room has a weathered, aged texture. To the left, near the window, is a small wooden side table holding a stack of books and a white mug. The overall mood is somber, contemplative, and spiritual, with a strong contrast between light and shadow. The focus is sharp on the man and the wall text. Natural, ambient tones. Photorealistic style.
Portfolio
-
Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-64
Logo rasmi Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-64. Motif utama adalah angka tulisan jawi 6 dan 4, bunga padi dan menara Alor Star yang ikonik.
Angkat 6 dan 4 itu terbentuk daripada gabungan empat bendera iaitu bendera Malaysia, Palestin, Kedah dan bendera PAS.
-
Fareena Universal
Design logo untuk Fareena Universal, sebuah syarikat dengan portfolio pembinaan dan pembekalan yang beralamat di Sungai Udang, Melaka. Rekaan logo terdiri daripada dua motif utama iaitu huruf F dan U yang disusun bagi membentuk motif sebuah bangunan.
-
Design-design Logo Muktamar Muslimat
Kami turut diberi kepercayaan merekabentuk logo-logo rasmi muktamar. Antara pelanggan kami termasuklah Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, Dewan Muslimat PAS Negeri Johor dan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak.
Selain logo, kami turut menyediakan rekaan grafik bagi bahan-bahan penerbitan (banner, strimer, buku cenderamata, tag nama dan sebagainya) bagi program tersebut.
-
NGO Penyayang (Sarawak)
Pelanggan kami dari Sarawak – NGO Pertubuhan Amal Wanita Penyayang Islam Kota Samarahan, Sarawak (PENYAYANG). Logo NGO ini kami hasilkan dengan motif manusia yang saling berpegangan tangan menghasilkan bentuk hati yang membawa makna penyayang.
Tiga warna digunakan yang juga merupakan warna bendera negeri Sarawak iaitu merah, kuning dan hitam.
-
50 Tahun PAS Kawasan Arau
Artwork terbaru kami. Logo rasmi Sambutan 50 Tahun PAS Kawasan Arau. Motif utama logo, angka 5 yang diwarnakan dengan warna emas (bersempena dengan sambutan Jubli Emas) dan bendera PAS yang membentuk angka 0.
-
Alamanda Fun Run
Design logo untuk program Alamanda Fun Run anjuran Hanees Terengganu. Logo Alamanda Fun Run menjadikan bunga alamanda (Allamanda cathartica) sebagai motif utama manakala tiga warna digunakan iaitu hijau, kuning dan merah.
-
Konvensyen Rumahtangga Sejahtera
Konvensyen Rumahtangga Sejahtera merupakan program anjuran Persatuan Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah yang diadakan pada 7 Julai 2024 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kami telah diberi kepercayaan selaku designer program yang bertanggungjawab menyediakan logo rasmi konvensyen serta design-design bahan penerbitan seperti poster, banner, strimer dan tag nama.
-
Karnival Bidadari Kiriman Syurga
Terima kasih Karnival Bidadari Kiriman Syurga (KBKS) dan Nisa’ Johor yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyediakan rekaan grafik bagi bahan-bahan penerbitan dan promosi program.
-
Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat
Rasional Logo program Rumah Terbuka PAS Pusat. Logo ini secara umumnya menggunakan tiga warna utama iaitu biru dan kuning (Perlis) serta hijau (PAS).
Motif utama dalam logo ialah ketupat yang menggambarkan sambutan hari raya Aidilfitri manakala pada bahagian atas ketupat pula terdapat ilustrasi dua bendera iaitu bendera PAS (penganjur utama program) dan bendera negeri Perlis yang merupakan tuan rumah acara pada tahun ini.
