MEMAHIRKAN DIRI DALAM PENGHASILAN KALIGRAFI JAWI

Dua tiga menjak ni, kami mula menceburi bidang rekaan kaligrafi jawi – satu bidang yang amat baru bagi kami. Apatah lagi tiadanya pengalaman secara formal sebelum ini dalam seni kaligrafi ni.

Ini kerana, permintaan dalam penghasilan kaligrafi jawi dalam rekaan (design) semakin meningkat dan kami tidak boleh ketinggalan di belakang. Ya, boleh saja kami berkolaborasi dengan pihak ketiga (third party) bagi menghasilkan kaligrafi untuk kami.

Tapi bukankah lebih baik kalau kepakaran itu ada pada kami sendiri!

Proses pertama – belajar teknik asas dalam penulisan kaligrafi jawi. Zaman sekarang nak belajar bukannya susah, sama ada secara fizikal mahupun maya. Mau dengan tidak saja.

Ya, boleh saja kami berkolaborasi dengan pihak ketiga (third-party), tapi bukankah lebih baik kalau kepakaran itu ada pada kami sendiri!

NINEFOURTY, 8 MEI 2020

Kedua, mencari perisian yang sesuai. Dalam menghasilkan kaligrafi jawi, kami menggunakan dua perisian yang ‘common’ iaitu Kelk dan Adobe Illustrator.

Kenapa Kelk? Kelk ialah perisian asas untuk menulis dalam jawi. Anda perlukannya untuk menulis dalam tulisan jawi, menyusun tanda dan sebagainya.

Setelah siap, fail imej yang disimpan dipindahkan ke Illustrator. Di sini kerja-kerja ‘vectorising’ dan editing dibuat untuk menghasilkan ‘final product’ yang boleh digunapakai dalam sesebuah design.

Alhamdulillah, semakin lama kami terjebak dalam penghasilan kaligrafi jawi ni, semakin kami mula memahaminya. Pesan kami – tak rugi mencuba!

TERPAKSA BELAJAR MELUKIH

Selama ni kerja-kerja design kami hanya buat dengan Photoshop, melainkan bila nak ‘kutip’ elemen-elemen vektor atau nak buat kerja-kerja tracing, barulah kami bukak Illustrator.

Tapi lama manalah kan kita nak buat kerja-kerja download atau tracing ni? Nak juga reti melukis benda-benda basic ni.

Interface Illustrator

Secara ringkas, apa dia Adobe Illustrator:

Adobe Illustrator is a premium application used for creating vector graphics for print or the web. Developed alongside with Adobe Photoshop as a companion product, Illustrator is the standard for making logos, graphics, comics, fonts, and much more.

www.wikihow.com

So, hari ni, kami mula ‘menyelongkar’ apa yang ada dalam Adobe Illustrator – perisian design vektor – ni. Untuk pembelajaran asas, kami tumpukan pada kemahiran melukis.

“Hasilnya… hmm… not bad la,” kata kami kepada diri kami sendiri.

Mungkin bagi yang expert, bendalah ni senang ja nak dilukis. Tapi bagi kami, sejam jugaklah masa yang habis untuk siapkan lukisan simple ni.

CONTENT VS CREATIVITY

Kadang-kadang, kita tak perlu nak jadi terlalu ‘melampau’ – nak buat design heavy-heavy, nak masukkan semua benda, nak gunakan semua skill yang kita ada – semata-mata nak jadikan ‘karya’ kita tu mampu memukau orang.

Buat saja design simple-simple dan kemas, kalau kena gaya, boleh jadi cukup kreatif dan ‘superb’.

Ingat, dalam design, kadangkala anda perlu pilih salah satu – CREATIVE atau CONTENT.