Kali ini, kami nak paparkan sebahagian lagi design poster yang pernah kami hasilkan sepanjang terlibat dengan kerja-kerja design ni. Ada poster program, ada poster produk, ada juga poster yang dihasilkan untuk institusi-institusi pendidikan dan sebagainya.

Sejak terlibat dalam kerja-kerja design ni, antara benda paling banyak yang kami buat adalah design banner dan poster. Berbeza dengan design banner yang agak ‘straightforward’, design poster ini lebih rumit memandangkan terdapat banyak maklumat yang perlu anda masukkan ke dalamnya.

Poster bertajuk ‘HITAM atau MERAH’ ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan Adobe Photoshop. Menggunakan gambar sukarelawan Jabatan Amal Malaysia dan peserta Himpunan Lawan sebagai motif, poster ini mengambil masa selama lebih sejam untuk disiapkan.

Sebenarnya, untuk projek ini, kami menyediakan dua proposal design untuk pihak penerbit dan akhirnya design ini telah dipilih. Masa diperuntukkan untuk menyiapkan design ini, bermula daripada penghasilan kaligrafi jawi hingga ke kerja-kerja akhir design adalah selama lebih 5 jam.