YOU’RE NOT STUCK AT HOME

Satu lagi ‘karya’ photo manipulation kami – poster terbaru dengan mesej ‘You’re Not Stuck At Home, You’re Safe At Home. Dan seperti selalunya, poster terbaru kami ini ingin mengajak semua pembaca supaya mematuhi PKP yang sedang berkuatkuasa.

Kita Jaga Kita!

Berbanding poster-poster sebelum ini, poster kali ini menggunakan gambar yang agak banyak – LIMA – ya, lima keping gambar berasingan yang disatukan.

Berikut ialah gambar-gambarnya:

Gambar utama – rumah kampung
Gambar Awan Mendung
Gambar Hujan
Gambar Rumput

Dan satu lagi gambar – cari tak jumpa – ialah gambar payung. Kelima-lima gambar ini disusunatur untuk menampakkan imej sebuah rumah yang sedang dipayungi berlatarbelakangkan awan mendung.

Hasil Akhir

Oklah, sampai bersua lagi. Assalamualaikum warahmatullah.

KITA MESTI MENANG!

KITA MESTI MENANG! Ini mesej utama yang ingin kami sampaikan menerusi poster kempen terbaru ini.

Dihasilkan menggunakan DUA gambar yang berasingan, kerja-kerja menyiapkan poster ini mengambil masa selama lebih 2 jam, bermula dengan kerja-kerja mencari idea, mendapatkan gambar hinggalah ke bahagian detailing dan finishing.

Photo Manipulation ni bukan senang, tapi menyeronokkan!

Di bawah adalah gambar-gambar yang kami gunakan dalam kerja-kerja design poster ini:

Gambar 1 – tingkap
Gambar 2 – Tangan yang memegang bunga api

Selepas digabungkan, kami menggunakan beberapa brushes untuk menghasilkan efek cahaya (kecerahan) pada bahagian latarbelakang untuk mengelakkan daripada berwarna hitam sahaja.

Hasil akhirnya adalah seperti di bawah:

MASA ‘TUK BERSATU

Jangan pelik kalau pada masa seluruh dunia berhempas-pulas memerangi Covid-19 ni, masih ada segelintir kecil kumpulan dalam negara yang tidak habis-habis dengan kerja-kerja politik mereka.

Inilah punca mengapa saya menerbitkan poster ini semalam – untuk mengajak kita semua supaya menyedari betapa masa-masa kritikal seperti ini bukanlah masa paling sesuai untuk kita BERPECAH, sebaliknya kita mesti BERSATU!

Untuk menghasilkan poster ni, ada LIMA gambar berbeza saya gunakan. Dua gambar tersebut adalah gambar kedua-dua manusia, dua gambar’cliff’ atau jurang dan satu gambar latarbelakang awan biru.

Kesemua gambar ini kemudiannya di’blend’ agar ‘masuk’ dari segi warna dan rupa serta kelihatan realistik sebagai satu gambar tunggal.

AYUH HENTIKAN KESEDIHAN INI.

Poster seterusnya – Ayuh Hentikan Kesedihan Ini – kami hasilkan untuk menyampaikan mesej kepada semua agar sama-sama kita hentikan segala kesedihan akibat Covid-19.

Bagaimana?

Dengan menghalang ianya daripada terus merebak. Dengan cara duduk di rumah dan kurangkan perjalanan yang tidak perlu. Juga dengan cara menjaga kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan patuhi segala arahan pihak berkuasa.

Ayuh, hentikan kesedihan ini. Duduk di rumah!

Jangan Lari Atau Kena Lari?

“Lari daripada Qadar Allah (wabak), menuju kepada Qadar Allah (pencegahan)” – demikian penjelasan yang diberikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

Poster ini ingin menyampaikan mesej kepada semua bahawa saranan pihak berkuasa pada hari ini bukanlah sesuatu yang MENYANGGAHI QADAR ALLAH, tetapi merupakan suatu perkara yang wajib diikuti kerana ianya selaras dengan ajaran agama.

Proses menghasilkan poster ini juga agak rumit – photo manipulation – nak menghasilkannya memakan masa lebih 3 jam kerana terdapat beberapa keping gambar berasingan yang perlu disatukan dan disesuaikan agar ianya kelihatan realistik.

Akhirnya, sekali lagi kami ingin mengajak anda semua agar PATUHILAH ARAHAN KERAJAAN, DEMI MASA DEPAN KITA BERSAMA.

KITA MASIH BELUM KALAH!

“Kita masih belum kalah perang menentang Covid-19, kita juga belum memenanginya.” – ungkapan masyhur Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam twitter beliau.

Poster ini berlatarbelakangkan gambar beliau dalam pakaian pasukan khas – yang sebenarnya dihasilkan menggunakan teknik ‘photo manipulation’ – untuk memberikan gambaran betapa beliau merupakan watak paling penting dalam perang menentang Covid-19.

Huhu… dekat 3 jam jugalah nak hasilkan poster ni. Part paling susah ialah part photo manipulation tu. Nak buat agar dua gambar yang berbeza, dengan kecerahan dan ‘saturation’ yang berbeza, menjadi seakan-akan gambar asal/real yang bukan diedit.

Esok poster apa pulak? Ntahlah… nantikan jelah.

SUPPORT OUR GOVT

‘Be a Warrior, not a Keyboard Warrior’. Itu mesej yang kami nak sampaikan menerusi ‘karya’ terbaru kami. Bertemakan ‘Support Our Government’, kami ingin mengajak masyarakat agar menjadi wira yang membantu kerajaan dalam menangani Covid-19.

Bukan menjadi penulis-penulis upahan yang kerjanya menyimpangkan pemikiran masyarakat dengan sebaran-sebaran palsu dan berniat jahat.

Ingat, sekarang masa untuk kita bersatu, bukan berpolemik! Bersama-sama kita TOLAK golongan perosak ini.