Alhamdulillah, sepertimana bulan September, bulan Oktober juga kami tak menang tangan dalam menyiapkan projek-projek design pelanggan.

Alhamdulillah, sepertimana bulan September, bulan Oktober juga kami tak menang tangan dalam menyiapkan projek-projek design pelanggan.
Lama dah rasanya kami tak bagi freebie kan? Baiklah, memandangkan sambutan Maulidur Rasul ‘is around the corner’ kata orang kampung kami
Alhamdulillah, banyak juga job design yang masuk dalam bulan ni. Daripada sekecil-kecil sticker hinggalah ke design banner. Ada yang kami hasilkan untuk pelanggan yang menjalankan perniagaan, ada pula untuk institusi pendidikan.
Untuk kali ketiganya, kami telah diberi kepercayaan untuk merekabentuk cover buku yang akan diterbitkan oleh Penerbit UKM. Kali ini buku bertajuk ‘Karya dan Tema Hadis di Nusantara’.
Seperti yang kami janjikan, hari ini kami kongsikan dengan anda khat kufi ‘Muslimat PAS’ yang telah kami hasilkan.
Memandangkan musim mesyuarat agung sudah tiba, maka kami telah hasilkan khat thuluth ‘Mesyuarat Agung Tahunan’ yang boleh dimuat turun secara percuma untuk sesiapa yang berminat.
Anda peminat freebie? Jika ya, entri kami kali ini memang amat berguna kepada anda kerana hari ini kami akan berikan satu lagi freebie.
Untuk kali ini, kami ingin kongsikan pula dengan anda sebahagian daripada design banner (gegantung) yang telah kami hasilkan sepanjang tahun ini.
Khat Thuluth terbaru yang kami hasilkan untuk design cover modul kuliah. Masa yang diambil untuk menyiapkan khat ini adalah selama hampir sejam menggunakan perisian Kelk dan Adobe Illustrator.
Kalau sebelum ini kami paparkan design-design poster menegak (potrait), maka kali ini kami ingin paparkan pula sebahagian daripada design poster dalam orientasi melintang (landscape).
Kali ini, kami nak paparkan sebahagian lagi design poster yang pernah kami hasilkan sepanjang terlibat dengan kerja-kerja design ni. Ada poster program, ada poster produk, ada juga poster yang dihasilkan untuk institusi-institusi pendidikan dan sebagainya.
Sejak terlibat dalam kerja-kerja design ni, antara benda paling banyak yang kami buat adalah design banner dan poster. Berbeza dengan design banner yang agak ‘straightforward’, design poster ini lebih rumit memandangkan terdapat banyak maklumat yang perlu anda masukkan ke dalamnya.
Poster bertajuk ‘HITAM atau MERAH’ ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan Adobe Photoshop. Menggunakan gambar sukarelawan Jabatan Amal Malaysia dan peserta Himpunan Lawan sebagai motif, poster ini mengambil masa selama lebih sejam untuk disiapkan.
Anda minat khat? Baiklah, kali ini sekali lagi kami ingin berikan khat ‘Selamat Hari Kebangsaan’ secara percuma!