Latest Articles

Freebie: Khat Aidiladha

Memandangkan ada permintaan agar kami kongsikan khat Aidiladha yang baru kami siapkan ini, di sini kami sertakan link muat turun fail berkenaan. Khat ini dihasilkan menggunakan program Kelk dan juga Adobe Illustrator.

Ada dua fail dalam format .png disediakan untuk anda muat turun secara percuma tanpa sebarang syarat. Anda juga bebas mengubahsuai fail berkenaan sekiranya ada kepakaran berbuat demikian. Mudah-mudahan perkongsian yang sedikit ini bermanfaat.

Klik pada link Khat Aidiladha (yang ada segitiga kecil tu) pada box widget di bawah:

Sticker Produk Daleesya

Ada sesiapa yang suka makan dendeng daging? Dak… daaakkk… kami tak jual dendeng daging. Kami cuma nak bagitau, kami baru saja siapkan design yang kami sedang buat untuk Daleesya.

Salah satunya sticker Dendeng Daging.

Kali ni kami nak ceritakan secara ringkas bekenaan projek design untuk Daleesya ni. Sebenarnya kami pernah hasilkan beberapa design sticker untuk Daleesya dan dua design sticker kali ini (sticker Dendeng Daging dan Ketupat Palas) adalah yang terbaru yang kami buat.

Untuk menyiapkan kedua-dua design ini, kami mengambil masa selama 2 hari – bermula dengan kerja-kerja menghasilkan draf idea sehinggalah ke proses finishing. Selain itu, design ini juga dihasilkan bersama-sama dengan pelanggan secara online di mana mereka turut terlibat dalam perbincangan seperti memilih warna design serta saiz font yang digunakan.

Ada empat jenis font yang kami gunakan dalam design manakala serta semua bentuk (shape) yang terdapat di dalamnya dihasilkan sepenuhnya menggunakan shape tools dalam Adobe Photoshop. Selain itu, ada satu jenis brush yang kami gunakan iaitu halftone brush agar background sticker tidak terlalu plain.

Sebenarnya kami pernah hasilkan beberapa design sticker untuk Daleesya dan sticker dendeng ini adalah yang terbaru yang kami buat.

ninefourty.com

Jauhi Fitnah!

Satu lagi poster yang kami hasilkan menerusi teknik ‘photo manipulation’ pagi ini. Poster bertajuk ‘Jauhi Fitnah’ ini dihasilkan menggunakan dua gambar utama untuk membentuk gambar seorang ‘cybertrooper’ yang memegang keyboard.

Masa yang diambil untuk menyiapkan poster ini adalah lebih kurang tiga jam. Di bawah adalah gambar-gambar yang digunakan.

Seperti biasa, untuk menjadikan poster nampak lebih menarik, kami menggunakan sedikit filter serta brush (subtle grunge) pada design. Untuk font pula, ada sebanyak tiga jenis font digunakan. Di bawah adalah hasil akhir poster ini:

Design-design Poster

Alhamdulillah, walaupun terpaksa duduk terperap di rumah dek kerana ‘total lockdown’, kerja design tetap ada – sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan. Hari ni ada tiga design yang telah kami siapkan. Dua design poster dan satu design banner.

Satu untuk pelanggan dari Terengganu (PASTI Kawasan Besut) manakala satu lagi job daripada Badan Perhubungan PAS Perlis.

Kedua-dua poster ini dihasilkan untuk PASTI Kawasan Besut (Terengganu) dan mengambil masa lebih kurang dua jam untuk disiapkan. Ada empat jenis font digunakan dalam design. Selain poster, logo NGO Anak Soleh seperti yang terdapat dalam bahagian atas poster juga adalah hasil rekaan kami.

Untuk poster kedua pula, hanya sejam masa yang diambil untuk menyiapkan keseluruhan design memandangkan tidak terdapat terlalu banyak ‘content’ dalam poster. Hanya dua jenis font digunakan dalam design yang agak ringkas ini.

Terima Kasih Kerajaan!

Alhamdulillah, hasil kesedaran dan kesatuan umat Islam, kerajaan akhirnya mendengar desakan agar operasi kilang arak dihentikan sepanjang pelaksanaan ‘Total Lockdown’ ni. Walaupun hanya bersifat sementara, tapi sekurang-kurangnya nampak ada usaha untuk menyatakan bantahan terhadap minuman yang diharamkan oleh syarak ini.

Moga-moga ianya permulaan kepada sesuatu yang lebih baik untuk negara kita. Arak ni terang-terang mendatangkan lebih banyak MUDHARAT berbanding MANFAAT bukan sahaja kepada umat Islam bahkan kepada seluruh manusia.

Kalau masih ada orang yang mengaku Islam tapi tegar menyokong penjualan arak ni, taktau nak kata apa la…

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Maidah: 90)

Satu pintu maksiat ditutup, banyak pintu kebaikan Allah akan bukakan, Insya-Allah.

—–

  • Tiga gambar yang digunakan untuk menghasilkan poster di atas:

Freebie: Khat Islam Memperkukuh Perpaduan

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda kaligrafi jawi (khat) yang pernah kami hasilkan suatu ketika dahulu. Khat ‘Islam Memperkukuh Perpaduan’ yang menjadi tema muktamar PAS yang lalu. Khat ini dihasilkan menggunakan perisian Kelk dan Adobe Illustrator.

Anda tak perlu bayar apa-apa, percuma saja. Untuk muat turun, sila klik pada link ‘khat islam memperkukuh perpaduan.zip’ pada widget di bawah:

Ada tiga fail di dalamnya iaitu fail ‘.jpg’ dan ‘.png’ yang boleh anda gunakan terus dalam design. Turut disertakan ialah fail asal dalam format ‘.ai’ (Illustrator) buat yang ingin mengubahsuai khat tersebut.

Boleh… anda bebas mengubahsuai khat ni mengikut kreativiti. Tiada sebarang sekatan atau syarat dikenakan.

Semoga bermanfaat 🙂

Jangan Hina Mufti!

Nah. Kes Covid-19 naik mencanak-canak sejak hari raya Aidilfitri baru-baru ni. Kalau dulu bilangan kes dalam lingkungan 2 – 3 ribu, sekarang dah cecah angka 7 ribu. Yang meninggal pula tak kurang daripada 50 orang setiap hari!

Apakah ini ‘harga’ yang terpaksa kita bayar akibat ingkar pada fatwa mufti dan pandangan alim ulamak? Apakah ini ‘hadiah’ daripada Allah dek kerana keceluparan kita menghina mereka?

Poster ini saya buat pada 1 Mei yang lalu. Diposkan di facebook dengan bilangan share lebih 2000. Berikutan sharing yang begitu banyak itu juga saya mengambil keputusan untuk menutup fungsi komen pada fb tersebut akibat ‘segelintir komen yang tidak sihat’ oleh mereka yang nampak gayanya tidak berpuas hati dengan mufti.

Benarlah pesan Ibnu Asakir Rahimahullah (Mafhumnya mencela ulamak, hakikatnya sedang mencela dan berusaha merosakkan diri sendiri);

“Takutlah kamu kepada daging ulamak, kerana ianya beracun.”

[lihat Tabyin kazib al-Muftari, hlm 29-30]

FB pun Koyak!

Kami tak sangka, kerana poster dan beberapa baris kenyataan jurucakap HAMAS, Abu Ubaidah, yang saya petik balik dalam facebook, telah menyebabkan akaun facebook saya diberikan amaran.

Ya, nasib baik baru amaran, ramai lagi yang kurang bernasib baik, siap kena delete lagi akaun fb diorang!

Ingatkan Israel je yang koyak, facebook pun turut sama koyak 😀

Sebenarnya, proses menghasilkan poster ni simple saja berbanding poster-poster lain. Cuma ada tiga gambar yang digunakan manakala proses editing pula kalau tak silap, tak sampai sejam sebab gambar asalnya pun dah memang menarik. Font yang digunakan pun hanya satu saja manakala gambar pedang tu pun diambil dari Google.

Pertahankan Ulamak!

Poster pertahankan ulamak ini dihasilkan setelah mellihat kepada serangan demi serangan ke atas alim ulamak – susulan beberapa isu termasuklah isu ‘Haram Pulang Beraya di Kampung’ yang disensasikan oleh media. Motif poster ini adalah untuk mengajak orang ramai agar menghormati alim ulamak dan tidak menghina mereka.