ANTARA AI DAN TANPA AI

Beza masa antara kedua-dua poster ni hanyalah SETAHUN. Tapi…. Satunya memakan masa lebih 2 jam (dekat 3 jam) untuk disiapkan manakala yang satu lagi tak sampai sejam.

Ya… Tak sampai sejam. Betapa mudah dan pantasnya buat design dalam era AI ni.

Tak perlu lagi menghabiskan banyak masa mencari-cari background yang sesuai dengan kehendak/konsep yang diinginkan dalam design. Apatah lagi melaburkan masa dan duit untuk buat photoshooting demi mendapatkan gambar yang sesuai.

Hanya dengan beberapa baris ‘prompt’, part paling renyah ni sudah dikira selesai.

Jadi, buat beberapa orang teman yang bertanya, inilah jawapannya. Latarbelakang pada poster kedua tu (beserta gambar perahu) dihasilkan menggunakan AI dengan menepati konsep design dan gambar subjek yang diambil lebih awal.

Sementara untuk poster pertama pula, prosesnya adalah – ‘guna jelah gambar mana yang ada…yang tu ja yang elok pun.’

Tak perlu lagi menghabiskan banyak masa mencari-cari background yang sesuai dengan kehendak/konsep yang diinginkan dalam design.

Ada pula yang bertanya, kenapa tak buat semuanya guna AI? Kalau tanya saya, supaya skill design tak mati dan faktor limitasi-limitasi yang masih ada dalam AI.

“Eh… Tak rasa rugi ka cerita semua benda-benda belakang tabir ni?”

Atas diri masing-masing la. Kalau tengok dari segi bisnes/peluang buat duit, memanglah rugi, sebab dah terbuka rahsia. Tapi kalau pandang bab nak kongsi ilmu, tak rugi mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *