LOGO HIMPUNAN SELAMATKAN SYARIAH

Kami telah diberikan kepercayaan oleh pihak penganjur untuk merekabentuk logo rasmi Himpunan Selamatkan Syariah yang dijadualkan akan diadakan pada 20 November nanti.

Sesuai dengan matlamat himpunan, maka kami memilih untuk menjadikan motif tangan memegang al-Quran sebagai motif utama logo – membawa maksud kesungguhan umat Islam dalam memelihara kesucian dan mengangkat martabat agama Islam.

Tak banyak warna digunakan kerana kami juga dimaklumkan bahawa warna rasmi himpunan adalah warna putih.

Sekiranya anda berhajat untuk memuat turun logo ini, kami telah sediakan fail logo dalam tiga format beresolusi tinggi iaitu .jpg, .png dan .pdf. Untuk muat turun, anda boleh gunakan form di bawah. Klik pada tiga titik di sebelah kiri butang Log in berwarna biru.

Kalau anda merasakan artikel ini bermanfaat, boleh bantu kami sebarluaskannya kepada yang lain 🙂