Bulan empat kami tidak menulis, bukan kerana tidak ada projek, ada, tapi kerana bulan Ramadan dan kami tidak berkesempatan untuk menulis. Siangnya dengan kerja-kerja rutin kami, malamnya pula masa untuk kerja-kerja ibadah.
Jadi, sekarang dah masuk bulan Mei. Pertengahan bulan Mei (ketika artikel ini ditulis). Alhamdulillah, rezeki kami tidak putus-putus, ada saja job design yang masuk. Sesetengahnya terpaksa pula kami tolak atas faktor kesuntukan masa.
Oh ya, sebelum menulis panjang, sekali lagi kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak lagi mengambil job design poster online kerana kami terpaksa menumpukan kepada kerja-kerja design bahan-bahan bercetak.
Design-design Mac 2023
Bulan ni ada satu job design sticker, tiga design khat/kaligrafi Arab, satu design logo dan selebihnya design poster, backdrop serta banner. Oklah, kami paparkan di bawah sebahagian daripada kerja-kerja design yang telah kami siapkan (sehingga 16 Mei 2023) untuk tatapan anda 🙂
Seperkara lagi, insyaAllah ada berita besar yang akan kami tuliskan di sini selepas 30 Mei nanti. Nak tahu apakah berita besar itu, nantikan….
Terima kasih kepada semua pelanggan yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami 🙂