Apa itu logo? Bahasa mudahnya, logo adalah merupakan suatu bentuk gambar, tulisan, tanda atau sekadar lakaran dengan makna–makna tertentu untuk mewakili sesuatu jenama barangan, perkhidmatan atau sesuatu organisasi.
Dari segi ‘branding’, logo yang menarik dan berkesan amat penting kerana ia menggambarkan kekuatan jenama tersebut bahkan dari segi psikologinya, ia mampu mempengaruhi kepercayaan serta keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut.
Design logo tak semestinya terlalu kompleks/heavy, tapi yang paling penting, ia bertepatan dengan identiti sesuatu jenama yang diwakilinya – mudah cerita, simple pun tak ada asalkan bersesuaian.
A logo is a symbol made up of text and images that identifies a business. A good logo shows what a company does and what the brand values.
99Designs.com
Logo Dengan Khat/Jawi
Seperti yang dah diceritakan awal-awal tadi, logo boleh terdiri daripada apa jua bentuk atau gabungan bentuk. Ada jenama yang hanya menggunakan logo berasaskan tulisan sahaja, tidak kurang pula memilih untuk menggunakan gabungan motif.
Namun, apa yang perlu difahami, proses merekabentuk logo bukanlah mudah, tidak semudah bentuk logo berkenaan. Ia mengambil masa yang lama dan tidak hairanlah jika harga yang diletakkan untuk kerja-kerja design logo ini amatlah mahal!
Oklah… Untuk kali ini, kami ingin berkongsi beberapa design logo yang mempunyai pengaruh tulisan khat/jawi yang pernah kami hasilkan sepanjang penglibatan kami dalam kerja-kerja designing ni.
Daripada logo-logo yang kami paparkan ini, ada yang berasaskan khat semata-mata (contohnya khat kufi) dan ada juga gabungan bentuk dan tulisan khat. Dan untuk makluman anda juga, ada di antara logo di atas mengambil masa hampir seminggu untuk disiapkan 🙂
Sampai ketemu lagi.