Freebie : Khat Ramadan

Freebie : Khat Ramadan

Sekarang dah masuk bulan Sya’aban. Tidak lama lagi, jika diizinkan oleh Allah, kita akan bertemu dengan bulan Ramadan yang kita nanti-nantikan.

Sudah pasti, anda yang bergelar designer akan mula sibuk mencari khat-khat berkaitan Ramadan yang akan digunakan dalam design.

Masa untuk freebie!

Alhamdulillah, malam ini kami macam tergerak hati nak buat satu khat. Namun khat kali ini agak berbeza dengan khat-khat sebelumnya di mana khat Thuluth yang kami sediakan kali ini disusun dalam bulatan.

Memandangkan ini adalah kali pertama kami hasilkan khat dalam bentuk sebegini, maafkan kami andainya ada kekurangan dalam fail yang kami sediakan. Niat kami hanyalah untuk berkongsi dengan anda semua apa yang kami rasakan bermanfaat 🙂

Macam selalulah, untuk muat turun failnya, anda boleh klik pada link Khat Ramadan.zip di bawah:

Seperti biasa, memandangkan fail ini kami kongsikan untuk manfaat bersama, anda tidak boleh menerbitkannya semula dalam apa jua bentuk atau menjualnya kepada mana-mana pihak.

Jika anda rasakan fail ini bermanfaat, anda boleh bantu kami untuk sebarluaskan perkongsian ini kepada yang lain 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Up Next:

Design-Design <strong>Januari 2023</strong>

Design-Design <strong>Januari 2023</strong>