BERKENAN PUNYA PASAI

Beberapa minggu lepas, kami berpeluang ke Kuala Lumpur, bercuti di ibu kota. Sepanjang 3 hari berada di sana, beberapa tempat telah kami lawati.

Salah satunya, Muzium Kesenian Islam, berdekatan dengan Masjid Negara. Kebetulan, memang kami menginap di rumah tamu yang terletak di kuarters masjid berkenaan dan jarak muzium dengan penginapan kami amatlah dekat.

Selama lebih sejam berada di situ, kami tertarik dengan nilai seni sebuah karya kaligrafi (khat) yang dihasilkan secara tulisan tangan. Tak ingat pula siapa dan bilakah ianya dihasilkan, namun karya tersebut benar-benar menarik minat kami.

Minat punya pasal, kami mengambil keputusan untuk menyalin semula khat tersebut dalam bentuk digital.

Karya Asal
Salinan digitalnya

Memanglah tak secantik karya asal tu, sebab salinan khat yang kami buat ni adalah secara digital menggunakan komputer. Berkenan punya pasal, yang penting dapat juga ‘bawak balik’ seni kaligrafi yang amat unik ini.