Khat Thuluth Terengganu

Lama sungguh kami katup (tutup) kedai kali ni. Sejak sebelum PRU-15 lagi. Selesai ja PRU-15, nampaknya permintaan untuk buat design datang tak henti-henti.

Namun, tak semua job kami ambil atas faktor kekangan masa kerana hakikatnya, kami sendiri terikat dengan kerja-kerja ‘design hakiki’ ni.

Ada satu permintaan untuk design khat thuluth kami ambil. Pelanggan dari Terengganu. Katanya nak buat design baju. Dua khat telah kami sediakan iaitu ‘Terengganu Sejahtera’ dan ‘Amazing Terengganu.’

Seperti biasa, kerja dimulakan dengan menghasilkan draf khat menggunakan program kaligrafi Kelk. Draf khat yang dikehendaki kemudiannya dipindahkan ke dalam Adobe Illustrator untuk menukarkannya ke dalam format ‘vector’ seterusnya menyusunnya agar menjadi khat yang final.

Alhamdulillah, dalam masa hampir 2 jam, kami berjaya siapkan dan serahkan fail dua khat ini seperti yang diminta pelanggan.