FREEBIE: ILUSTRASI ORANG MEMEGANG BENDERA

Sedang kami mencari bahan untuk kerja-kerja design PRU-15, kami ketemu dengan sebuah ilustrasi yang menarik – seorang lelaki memegang bendera di tangannya.

Maka terus terlintas di fikiran kami – ilustrasi tersebut amat sesuai dijadikan bahan grafik dalam bahan penerbitan kami, tetapi dengan sedikit suntingan!

Namun, untuk menjadikannya ‘sesuai’, ada beberapa bahagian pada fail asalnya yang perlu kami sunting terlebih dahulu. Pertamanya, menukar bahagian rambut dengan kopiah putih, kedua, mewarnakan semula baju dan ketiga, meletakkan logo parti pada bahagian bendera.

Bila dah siap edit dan guna dalam design, ada pula permintaan daripada rakan-rakan designer untuk kami kongsikan ilustrasi ini dengan mereka.

Jadi, kami telah meluangkan sedikit masa melakukan kerja-kerja suntingan ke atas fail asalnya bagi menyediakan fail yang boleh anda muat turun. Fail yang telah kami sediakan adalah dalam format .png (transparent) – bermakna anda boleh guna terus dalam design tanpa perlu membuang latar belakangnya terlebih dahulu.

Untuk muat turun, anda boleh klik pada link orang memegang bendera.zip di bawah:

Seperti biasa, memandangkan fail ini kami kongsikan untuk manfaat bersama, anda tidak boleh menerbitkannya semula dalam apa jua bentuk atau menjualnya kepada mana-mana pihak. Jika anda rasakan fail ini bermanfaat, anda boleh sebarkannya kepada yang lain 🙂