Design-Design Bulan September

Bulan September cuma tinggal beberapa hari saja lagi. Bulan ini juga menyaksikan kami terpaksa ‘menutup kedai’ selama hampir tiga minggu!

Semuanya kerana lambakan kerja design ditambah pula dengan beberapa komitmen luar yang terpaksa kami dahulukan. Benar, bulan ini merupakan antara bulan yang sangat sibuk buat kami sepanjang tahun 2022 ini.

Ramai juga yang menghubungi kami, hanya untuk mendapatkan jawapan yang tidak memuaskan mereka – “Maaf, kami belum menerima tempahan design.” Kami mohon maaf.

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, semua kekalutan itu tiba ke penghujungnya. Kami mula beroperasi seperti biasa.

Ramai juga yang menghubungi kami, hanya untuk mendapatkan jawapan yang tidak memuaskan mereka – “Maaf, kami belum menerima tempahan design.”

Oklah, terus ke tajuk utama, sebenarnya kami ingin berkongsi dengan anda sebahagian daripada kerja design yang telah kami siapkan sepanjang bulan ini.

Tema Muktamar Tahunan PAS Pusat
Logo Wanita Muda Malaysia – Ameerah Malaysia
Poster untuk SMK Jalan Kebun (Klang, Selangor)
Logo Masjid Al Hussain (Kuala Perlis, Perlis)
Poster untuk Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut (Perak)
Poster Selamat Hari Malaysia, PAS Negeri Perlis
Banner program untuk SMKA Arau (Perlis)
Poster program untuk Pertubuhan Kebajikan Manjung Sejahtera (Manjung, Perak)

Ada beberapa lagi design yang tak dapat kami siarkan di sini kerana kekangan masa untuk kami sediakan ‘mockup’nya dan sebahagian lagi masih menanti ‘approval’ daripada pelanggan.