Logo Wanita Muda Malaysia

Alhamdulillah, sebulan dua ni banyak sungguh permintaan kepada kami untuk menghasilkan design logo. Dan baru-baru ini, kami telah diberi kepercayaan untuk merekabentuk logo untuk projek terbaru Ameerah Malaysia – Wanita Muda Malaysia.

Apakah sebenarnya projek Wanita Muda Malaysia ni?

Wanita Muda Malaysia adalah sebuah program besar dibawakan oleh Ameerah Malaysia bagi mendekati golongan wanita muda.

Ameerah Malaysia

Oklah, secara ringkasnya, pihak Ameerah Malaysia telah menghubungi dan meminta kami menghasilkan logo dalam bentuk akronim (singkatan huruf bagi Wanita Muda Malaysia). Justeru, kami telah meminta masa selama tiga hari untuk menyiapkan rekabentuk logo.

Selama tempoh tersebut, kami telah membuat beberapa lakaran logo dan menyenarai pendek tiga lakaran untuk dihantar sebagai proposal kepada pihak Ameerah Malaysia.

Akhirnya, rekaan ini telah dipilih oleh Ameerah Malaysia.

Baiklah, mesti ada yang nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan logo ini. Motif utama logo ini ialah huruf ‘W’ dan ‘M’ yang merupakan akronim bagi Wanita Muda Malaysia. Huruf W dan M ini disusun atur dalam bentuk yang bersambung dan kreatif dalam satu bulatan.

Selain itu, dua warna digunakan iaitu hijau dan merah jambu, yang juga merupakan warna tema projek ini.