Tudiaa… Last entri yang kami tulis adalah pada 30 Julai lepas, bermakna dekat sebulan blog ini tidak dikemaskini 😀
Ya, begitulah lumrah designer… ada masa, takda projek yang dibuat, ada masa, projek terlampau banyak sampai tak terbuat.
Ketika entri ini ditulis pun, kami sebenarnya masih menutup tempahan design selama tiga (3) minggu, untuk membolehkan kami menyiapkan projek-projek design yang ada.
Oklah, memandangkan lama benar kami tak kemaskini, maka kali ini kami nak berkongsi dengan anda sebahagian projek design yang kami telah siapkan sepanjang tempoh blog ini bersawang.
Err… tapi tak semua, design logo ja dulu.





