Freebie: Khat Maal Hijrah

Maaf kerana terlalu lama tidak kemaskini blog ini. Banyak komitmen design yang terpaksa didahulukan yang sedikit mengganggu mood menulis… (ceh… alasan!)

Oklah, disebabkan ‘mood’ menulis tu dah ada, maka kali ini kami berasa amat berbesar hati untuk release satu lagi freebie untuk anda semua 🙂

Khat Ma’al Hijrah – untuk anda muat turun dan gunakan dalam design bersempena dengan kedatangan 1 Muharram tidak lama lagi.

Seperti biasalah, fail khat ini disediakan dalam tiga format iaitu .ai, .jpg dan .png (transparent). Untuk muat turun, klik pada link khat maal hijrah.zip di bawah:

Ingat ya do’s and dont’snya. Anda bebas gunakannya dalam apa jua design yang anda buat sebebas-bebasnya. Yang tak bolehnya, anda tidak boleh menerbitkannya semula dalam apa jua bentuk atau menjualnya kepada mana-mana pihak.

Jika anda rasa freebie ini bermanfaat, bantulah kami untuk sebarluaskan perkongsian ini kepada yang lain 🙂