Dua minggu sebelum hari raya, kami diberi tanggungjawab untuk menguruskan sesi photoshoot untuk guru-guru sebuah sekolah di negeri Perlis. Sesi berkenaan telah diadakan di dalam studio – hanya menggunakan kamera telefon, bukan DSLR!
Ya, kamera telefon.
Tapi bukanlah itu yang kami ingin huraikan. Apa yang kami ingin sampaikan di sini adalah kepentingan sesi photoshoot bagi menghasilkan poster yang menarik!
Menerusi sesi photoshoot, anda akan mendapat gambar yang lebih menarik dengan kualiti / resolusi terbaik. Ya, jauh lebih baik berbanding gambar yang diambil daripada sumber bebas.
Menerusi sesi photoshoot, anda akan mendapat gambar yang lebih menarik dengan kualiti / resolusi terbaik. Ya, jauh lebih baik berbanding gambar yang diambil daripada sumber bebas (whatsapp, telegram… apatah lagi Google!) Anda juga boleh tentukan pelbagai gaya (pose) yang diinginkan yang kemudiannya akan membantu anda menghasilkan poster yang lebih wow!
Selepas sesi photoshoot, maka bermulalah tugas kami yang sebenar – menghasilkan design poster raya ala movie menggunakan gambar-gambar yang telah diambil. Keseluruhan design dibuat di dalam Photoshop dengan setiap satu poster memakan masa lebih 3 jam untuk disiapkan.
Ya… memang lama memandangkan banyak adjustment serta ‘photo manipulation’ perlu dibuat bagi menghasilkan poster yang betul-betul menarik kerana poster ala movie ni bukanlah poster biasa-biasa.
Akhirnya, sebahagian daripada poster yang kami hasilkan dapat anda lihat di bawah;

Setakat ini dulu. Kalau ada kelapangan, kami akan kembali menulis 🙂