Alhamdulillah, kita semua sudah memasuki fasa kedua daripada tiga fasa puasa iaitu 10 malam yang kedua dan dikatakan berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan mengikut sebahagian ahli sejarah.
Justeru, kami di ninefourty.com ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada semua pengunjung blog ini. Semoga kita semua bukan hanya sekadar menjadi Muslim yang membaca al-Quran, bahkan lebih daripada itu, menjadi Mukmin yang menghayati serta beramal dengan segala isi kandungannya.
