Selamat berpuasa buat semua. Sedar atau tak, kita sudah hampir memasuki minggu kedua bulan Ramadan al-Mubarak 1443H.
Bila ya kali terakhir kami bagi freebie? Kalau tak silap, bulan Disember 2021, sekarang dah masuk April 2022 kan?
Oklah, memandangkan sekarang bulan Ramadan dan pada 17 Ramadan nanti, umat Islam akan sambut Nuzul Quran, kami buat satu lagi khat thuluth – Salam Nuzul Quran – yang kami berikan kepada anda secara percuma… ya percuma.

Oh ya, seperti selalunya, fail khat ini disediakan dalam tiga format iaitu .ai, .jpg dan .png (transparent). Untuk muat turun, klik pada link nuzul quran.zip di bawah:
Seperti biasa, ada do’s and dont’snya. Anda bebas gunakannya dalam apa jua design yang anda buat sebebas-bebasnya. Yang tak bolehnya, anda tidak boleh menerbitkannya semula dalam apa jua bentuk atau menjualnya kepada mana-mana pihak.
Adakah freebie ini bermanfaat? Jika ‘Ya’, anda boleh sebarluaskan perkongsian ini kepada yang lain 🙂