Redesigning… ya jarang-jarang kami buat job redesigning ni. Sebab permintaannya tak banyak berbanding buat design logo yang baru.
Namun baru-baru ni, kami telah menawarkan diri untuk buat redesign logo untuk Suria Paya United FC – sebuah kelab bolasepak amatur di Perlis.

Apa yang kami buat?
Ok, logo asal dah ada, tapi nampak agak ‘outdated’…. disebabkan faktor resolusi logo dan juga ‘usia’ logo itu sendiri. Jadi, kami tawarkan diri untuk menghasilkan logo baru bagi menggantikan logo tersebut agar nampak lebih ‘updated’.
Tapi rupanya proses menukar logo kelab ni tidaklah semudah yang disangka.
Maka, kami telah berbincang dengan pihak Suria Paya United FC dan hasilnya, kami diminta buat ‘redesign’ saja. Jadi kerja kami tidaklah sukar dan kerja-kerja redesign logo segera kami mulakan.
Dalam tempoh lebih sejam, kami akhirnya menghasilkan proposal design yang baru dan Alhamdulillah, ianya telah dipersetujui dengan sedikit penambahbaikan daripada pihak kelab.

