DESIGN-DESIGN BULAN DISEMBER

Alhamdulillah, kita sudah tiba di penghujung tahun 2021. Tahun yang penuh dengan suka duka dan warna-warni kehidupan, tahun penduduk dunia terus dihimpit dengan penularan wabak yang seakan-akan tiada kesudahannya.

Apapun, semuanya sudah kita harungi dan harapan kita, 2022 akan hadir dengan sinar yang menerangi.

Baiklah, seperti biasa, kami kongsikan dengan anda sebahagian daripada design yang kami telah siapkan sepanjang bulan Disember ini. Yang paling banyak adalah design poster dan ada beberapa design banner, strimer dan kaligrafi (khat).

Paling menarik, ada satu projek design logo untuk NHD Management Services dari Kedah.