freebie: KHAT MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS

Alhamdulillah, siap juga khat kami yang terbaru – Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS – yang boleh anda muat turun jika berminat. Khat Thuluth ini mengambil masa kira-kira 2 jam untuk dihasilkan.

Seperti biasa, ejaan khat dibuat dalam Kelk dan kemudiannya dipindahkan ke Adobe Illustrator untuk proses ‘vectorising’ dan kerja-kerja akhir.

Oh ya, fail disediakan dalam tiga format iaitu .ai, .jpg dan .png (transparent). Untuk muat turun, klik pada link munaqasyah.zip di bawah:

Seperti biasa, ada do’s and dont’snya. Anda bebas gunakannya dalam apa jua design yang anda buat sebebas-bebasnya. Yang tak bolehnya, anda tidak boleh menerbitkannya semula dalam apa jua bentuk atau menjualnya kepada mana-mana pihak.

Adakah freebie ini bermanfaat? Jika ‘Ya’, anda boleh sebarluaskan perkongsian ini kepada yang lain 🙂