FREEBIE: KATUN ISLAMI

Sebagai designer Muslim, anda pasti perasan betapa sukarnya untuk mendapatkan ilustrasi (katun) yang menutup aurat di internet. Lainlah jika anda memang pakar dalam Adobe Illustrator (atau sebarang software yang berkaitan) dan mampu menghasilkan sendiri ilustrasi yang diinginkan.

Kami juga begitu – tidak terkecuali berhadapan dengan masalah yang sama.

Justeru, kami telah kumpulkan beberapa ilustrasi yang telah kami edit (katun yang menutup aurat) dan gunakan dalam projek-projek design kami untuk dikongsikan dengan anda atau sesiapa sahaja yang memerlukannya.

(Maaflah, ilustrasinya belum banyak buat masa ini. InsyaAllah jika ada tambahan, akan kami maklumkan semula nanti).

Justeru, kami telah kumpulkan beberapa ilustrasi yang telah kami edit dan gunakan dalam projek design kami…

Fail disediakan dalam format .ai, tapi jangan bimbang, bagi yang tidak mahir atau tiada software Adobe Illustrator, kami juga sediakan fail dalam format .png untuk anda 🙂

Klik pada link katun islami.zip kat bawah tu untuk download.

Seperti biasa, memandangkan fail ini kami kongsikan untuk manfaat bersama, anda tidak boleh menerbitkannya semula dalam apa jua bentuk atau menjualnya kepada mana-mana pihak.

Semoga bermanfaat.