PERIKATAN NASIONAL UNTUK MELAKA!

Saja-saja kami buat poster ni, sekurang-kurangnya boleh bantu menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang sedang berlangsung.

Walaupun saja-saja, tapi nak siapkan poster ni makan masa dekat tiga jam jugaklah. Ini kerana, banyak ‘detailing’ yang kami buat dalam design poster ni. Bahagian figure tu saja pun dah melibatkan beberapa proses – cropping, adjusting (brightness, contrast, color balance dll…).

Pada bahagian bawah pula, kami gunakan gambar kapal – untuk menggambarkan bahawa Perikatan Nasional ini sebuah bahtera untuk semua rakyat negeri Melaka. Membawa mereka ke destinasi yang lebih baik dan sejahtera.

Dan bagi membawa mesej tersebut, sedikit proses ‘manipulation’ terpaksa dibuat, antaranya memasukkan perkataan ‘PERIKATAN NASIONAL’ serta bendera negeri Melaka.

Last sekali, pada bucu bawah sebelah kanan, kami hasilkan efek kertas bergulung dengan menggunakan ‘shape’. Kemudian, kami buat bentuk kotak undilah dengan simbol ‘X’ dan diletakkan pada bahagian tersebut.

Ya… begitulah serba ringkas prosesnya kami kongsikan kepada anda. Rumit kan.