Lama dah rasanya kami tak bagi freebie kan? Baiklah, memandangkan sambutan Maulidur Rasul ‘is around the corner’ kata orang kampung kami, mesti ramai yang kena buat design poster la, banner la, kad la…
Mesti nak kena ada elemen khat dalam design kan? Kan…?
Oklah, jadi hari ni kami pun berasa sangat gembira untuk kongsikan khat terbaru yang kami telah siapkan dengan anda semua – secara percuma. Ya, percuma.
Khat kufi ini dihasilkan menggunakan program ‘web-based’ TypoGrid. Bentuk khat yang terhasil kemudiannya kami pindahkan ke dalam Adobe Illustrator untuk kerja-kerja ‘vectorize’.

Lepas tu, kami pindahkan pula ke dalam Adobe Photoshop agar fail dapat disediakan dalam format yang mudah digunakan terus oleh pengguna iaitu .jpg dan .png. Tak perlu dah nak pening-pening camna nak convert fail .ai kalau tiada program yang bersesuaian.
Khat kufi ini dihasilkan menggunakan program ‘web-based’ TypoGrid.
Untuk anda yang ingin muat turun, ni ha link downloadnya. Klik pada link ‘kufi maulid.zip’ tu.
Seperti biasa, anda bebas gunakannya dalam apa jua design yang anda buat sebebas-bebasnya. Yang tak bolehnya, anda tidak boleh menerbitkannya semula dalam apa jua bentuk atau menjualnya kepada mana-mana pihak.
Jika anda rasakan freebie ini bermanfaat, anda boleh sebarluaskannya kepada rakan-rakan yang lain 😀