lagi design cover buku

Alhamdulillah, hari ni kami berasa amat gembira untuk berkongsi dengan anda ‘hasil tangan’ terbaru kami – design cover buku.

Untuk kali ketiganya, kami telah diberi kepercayaan untuk merekabentuk cover buku yang akan diterbitkan oleh Penerbit UKM. Kali ini buku bertajuk ‘Karya dan Tema Hadis di Nusantara’.

Seperkara yang menarik untuk job kali ini, ianya juga percubaan pertama kami menghasilkan khat ala-ala logo al-Jazeera yang dijadikan motif pada bahagian muka hadapan.

Nak buat benda ‘kecik tet’ camtu pun… rupa-rupanya payah sungguh, berjam-jam jugak kami terpaksa mengadap Adobe Illustrator – ya, mungkin disebabkan ianya percubaan kali pertama.

Pada bahagian latarbelakang (background) juga kami menerapkan elemen khat thuluth bersesuaian dengan konsep ‘Islamik’ yang ingin diterapkan dalam design.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *