Sejak terlibat dalam kerja-kerja design ni, antara benda paling banyak yang kami buat adalah design banner dan poster. Berbeza dengan design banner yang agak ‘straightforward’, design poster ini lebih rumit memandangkan terdapat banyak maklumat yang perlu anda masukkan ke dalamnya.
Selain itu, kekuatan sesebuah poster juga terletak pada penggunaan gambar/ilustrasi yang sesuai. Justeru, gambar yang ingin digunakan tidak boleh bersifat ‘tangkap muat’ bahkan ada masa dan ketikanya anda perlu masuk ke studio!
Oklah, di bawah adalah sebahagian daripada koleksi design poster yang telah kami hasilkan.







