Khat Thuluth untuk Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Kami telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan tulisan khat yang akan digunakan dalam design signboard sekolah berkenaan.
Proses menghasilkan khat ini memakan masa kira-kira 2 jam, bermula dengan proses menulis khat secara digital menggunakan Kelk diikuti dengan kerja ‘vectorising’ yang dibuat dalam Adobe Illustrator.
Design khat yang telah divektorkan kemudiannya dihantar ke syarikat percetakan untuk kerja-kerja rekabentuk signboard.