Jangan Hina Mufti!

Nah. Kes Covid-19 naik mencanak-canak sejak hari raya Aidilfitri baru-baru ni. Kalau dulu bilangan kes dalam lingkungan 2 – 3 ribu, sekarang dah cecah angka 7 ribu. Yang meninggal pula tak kurang daripada 50 orang setiap hari!

Apakah ini ‘harga’ yang terpaksa kita bayar akibat ingkar pada fatwa mufti dan pandangan alim ulamak? Apakah ini ‘hadiah’ daripada Allah dek kerana keceluparan kita menghina mereka?

Poster ini saya buat pada 1 Mei yang lalu. Diposkan di facebook dengan bilangan share lebih 2000. Berikutan sharing yang begitu banyak itu juga saya mengambil keputusan untuk menutup fungsi komen pada fb tersebut akibat ‘segelintir komen yang tidak sihat’ oleh mereka yang nampak gayanya tidak berpuas hati dengan mufti.

Benarlah pesan Ibnu Asakir Rahimahullah (Mafhumnya mencela ulamak, hakikatnya sedang mencela dan berusaha merosakkan diri sendiri);

“Takutlah kamu kepada daging ulamak, kerana ianya beracun.”

[lihat Tabyin kazib al-Muftari, hlm 29-30]