Tiga hari berturut-turut, kami bertungkus-lumus menyiapkan dua poster untuk Pra Sekolah SK Kuala Perlis. Kenapa tiga hari? Kerana poster-poster ini berkonsepkan ala-ala poster filem dan dihasilkan dengan teknik design yang agak ‘heavy’.

Bukan itu sahaja, gambar-gambar yang digunakan pun diambil terus di dalam studio!

Memandangkan konsep poster ala-ala poster filem, maka beberapa elemen penting perlu ditentukan bermula daripada sesi fotografi lagi. Antaranya posisi / posing setiap fugura, elemen bayang (shadow) dan juga tema pakaian.

Dalam design pula, penggunaan brushes serta elemen-elemen design yang lain seperti efek ‘flare’, shadow dan sebagainya dihasilkan secara yang agak teliti agar poster kelihatan lebih realistik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *