LOGO RAUDATUS SAKINAH

Logo ini milik Pusat Pengajian Islam Raudatus Sakinah (Perak). Motif utama dalam logo ini ialah bentuk masjid dan kitab yang berada di bawahnya. Empat warna digunakan dalam design iaitu hitam, kuning, hijau dan putih.

Atas permintaan daripada pelanggan, pada bahagian bawah bulatan, perkataan Raudatus Sakinah ditulis menggunakan tulisan jawi manakala nama penuh pusat pengajian Islam tersebut ditulis secara tulisan rumi pada bahagian atas, dalam bulatan.

Bermula daripada proses melakar hingga ke kerja-kerja detailing dalam design, masa yang kami ambil untuk menyiapkan logo ini adalah selama dua hari.