FREEBIE: MO SALAH

Assalamualaikum warahmatullah. Lama dah tak bagi freebie kan? Last freebie yang kami kongsikan di sini adalah pada 4 Jun lepas, fail mockup (.psd) signboard.

Oklah, freebie kami kali ni kami buatkan khas untuk para penyokong Liverpool macam kami. Ilustrasi vektor Mo Salah.

Fail ini kami hasilkan menggunakan Adobe Illustrator dan mengambil masa dekat 3 jam jugaklah nak siapkannya.

Untuk muat turun, macam biasalah. Klik pada perkataan ‘Mo Salah’ kat bawah tu, yang ada tanda segitiga kecil tu. Anda akan dapat fail dalam format .zip, dalam tu ada dua format fail iaitu .png dan juga .ai.

Kalau anda tiada perisian untuk membuka fail .ai tu, gunakan saja fail .png (transparent) tu. Tak perlu susah-susah nak buang background ka apa.

Kena Bayar Tak Ni? Tak kenalah. Dah nama pun freebie.

Moga bermanfaat.