DESIGN LOGO ROSEQUARTZ

Minggu lepas adalah antara minggu yang amat sibuk buat kami. Terlalu banyak projek design yang masuk, Alhamdulillah sebahagiannya telah kami siapkan dan serahkan kepada pelanggan manakala sebahagiannya terpaksa kami bawa ke minggu ini!

Dalam banyak-banyak projek yang kami peroleh, salah satunya adalah menghasilkan sebuah logo untuk NGO RoseQuartz.

Seperti biasa, benda pertama yang kami buat adalah mendapatkan maklumat berkenaan logo berkenaan agar logo yang akan direkabentuk nanti bertepatan dengan identiti NGO tersebut.

Perbincangan dibuat dengan pelanggan, kemudian, fasa melakar pun bermula menggunakan Adobe Illustrator.

Untuk logo ini, motif utama yang kami gunakan ialah bentuk wanita bertudung memandangkan RoseQuartz merupakan sebuah NGO berkaitan wanita. Kemudian, kerja-kerja detailing dan finishing dibuat ke atas lakaran menggunakan Adobe Photoshop.

Design yang siap dikemukakan kepada pelanggan sebagai proposal untuk diteliti.

Kemudian, beberapa perubahan dibuat ke atas proposal yang dikemukakan sepertimana yang dikehendaki oleh pihak NGO. Antaranya bentuk logo, gabungan warna dan kedudukan nama NGO pada logo.

Hasil Akhir

Beginilah hasil akhir logo RoseQuartz yang telah siap diserahkan kepada pelanggan:

Oklah, ada masa nanti kami akan update dengan projek-projek terbaru kami.