PROJEK LOGO 3D

Assalamualaikum warahmatullah. Selepas tiga hari kami tutup studio kerana pulang bercuti di kampung, hari ni kami kembali bekerja. Ada satu projek baru di atas meja.

Melukis kembali logo Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) dan memberikan efek 3 dimensi pada logo tersebut.

Mudah cerita, projek ini tidaklah sesukar projek-projek sebelumnya (merekabentuk logo) memandangkan logonya telahpun ada.

Cuma, kerja kami adalah untuk memberikan ‘nafas baru’ yang lebih segar kepada logo tersebut.

Part 1 – Illustrator

Langkah pertama, logo tersebut perlu dilukis semula dan seperti biasa, kerja-kerja melukis ini dihasilkan menggunakan Adobe Illustrator. Kenapa Illustrator?

Supaya imej dapat dihasilkan dalam bentuk vektor yang lebih mudah diedit apabila perlu di samping imej vektor memiliki banyak kelebihannya (tidak pecah apabila dibesarkan, bersaiz lebih kecil dsb.)

Part 2 – Photoshop

Setelah bentuk asas telah siap dilukis, kami memilih untuk memindahkannya ke dalam Photoshop bagi kerja-kerja memasukkan efek.

Bentuk asas tadi diberikan warna putih dan stroke hitam, serta ditambah dengan logo UPM pada bahagian tengah – sama seperti logo asalnya. Kemudian, bagi menimbulkan efek 3D, bahagian stroke ditambah dengan gradient, blend bevel & emboss serta bayang/shadow.

Turut ditambah, sedikit kesan flare pada bahagian tersebut.

Selain itu, bahagian dalam yang berwarna putih juga ditambah dengan blend bevel & emboss agar efek 3D kelihatan lebih realistik.

Inilah hasil akhir logo yang telah dilukis kembali dan diberikan efek 3D.

Selesai projek ini, apa projek kami seterusnya? Projek seterusnya ialah projek berkaitan rekabentuk laman web.

Oklah, jumpa lagi.