LOGO NGO ANAK SOLEH

Beberapa hari setelah kami menyelesaikan design logo untuk Maahad Tahfiz Al Masyhur (Perlis), kami telah dihubungi oleh wakil daripada sebuah NGO dari negeri Terengganu.

Kami telah diminta untuk menghasilkan logo untuk NGO mereka yang sedang dalam proses pendaftaran. NGO yang nama ringkasnya ‘Anak Soleh’.

Seperti biasa, perkara pertama yang kami lakukan adalah mendapatkan maklumat berkenaan dengan NGO tersebut, serta idea atau cadangan bentuk/warna tema logo yang ingin dihasilkan.

“Terserah kepada designer ah…”

Ringkas cerita, kami telah meminta tempoh selama dua hari untuk kami membuat sedikit studi dan menyediakan proposal design logo berkenaan. Beberapa proposal kemudiannya telah dihantar kepada pihak NGO untuk proses pemilihan.

Hasilnya, inilah logo yang diterima!

Idea di sebalik rekaan logo ini sebenarnya simple saja – penggunaan huruf ‘A’ bagi ‘Anak’ dan ‘S’ bagi ‘Soleh’ sebagai motif utama logo. Kedua-dua huruf berkenaan dibina menggunakan segiempat sama.

Ianya kemudian disusun dalam bentuk menyerupai rekaan kaligrafi kufi untuk menimbulkan konsep rekaan yang lebih Islamik.

Projek Seterusnya?

Ada dua lagi projek design logo yang perlu kami mulakan secepat mungkin (satu daripadanya telahpun memasuki fasa ‘kick-off’ ketika artikel ini ditulis).

Oklah, jumpa lagi.

Leave a Reply