SEBAHAGIAN LOGO YANG PERNAH KAMI DESIGN

Seingat kami, kami telah terjebak dengan kerja-kerja design ni secara serius sekitar tahun 2009. Tapi sebenarnya sebelum itupun kami telah terlibat dengan design ni, cuma lebih kepada hobi dan aktiviti non-profit.

Namun, hanya pada tahun 2014 kami mula menerima job untuk design logo. Kenapa?

Kerana, kerja design logo ni bukanlah kerja yang mudah. Sebab itulah tak semua designer boleh design logo. Ia memerlukan kreativiti, memahami falsafah rekaan logo, kemahiran melukis (drawing/tracing)… bukan sekadar mahir menggunakan Photoshop.

Sebab itulah hanya setelah 12 tahun bergelumang dengan Photoshop, barulah kami memberanikan diri dengan bidang rekaan logo. Dan jangan terkejut bila kami katakan, logo pertama kami dihasilkan sepenuhnya menggunakan Photoshop. Tu ha, logo di atas tu…

Studi Sebelum Design

Kenapa perlu faham falsafah? Sebab logo adalah ‘tools’ yang menerangkan identiti institusi/pemiliknya. Sudah tentu ianya tidak boleh direka sembarangan. Rekaan logo punya falsafahnya, do’s and dont’s nya.

Justeru, bila anda dapat job menghasilkan sebuah logo, benda pertama yang anda perlu tahu ialah ‘siapa pelanggan anda?’

Logo Anda Mesti ‘Kuat’

Rekaan logo mestilah ‘kuat’ kerana sesebuah logo punyai nilai komersialnya. Untuk menghasilkan sebuah logo yang ‘kuat’ ini, anda perlu membuat studi terlebih dahulu dalam beberapa aspek – design, identiti, sentimen, teknik dan sebagainya.

Apa sebenarnya maksud ‘kuat’ tu? Maknanya logo yang anda hasilkan mampu mewakili pemilik/institusinya, memiliki nilai komersial dan estetika yang tinggi di samping memiliki ciri-ciri sampingan seperti aspek emosi, unik dan lain-lain.

Fungsi

Anda perlu faham fungsi logo yang anda design. Untuk apa? Untuk institusi pendidikan, badan kerajaan, program kesenian, himpunan, NGO atau kebajikan atau untuk apa….?

Bukan boleh main ‘rodong’ ja… design ikut suka, yang penting cantik. Sebab kami nyatakan tadi, rekaan logo punya ‘sentimen’, faktor emosi – dua benda ini mempengaruhi penerimaan umum kepada rekaan anda.

Kena tahu fungsi shape, warna, white space…

Mudah cerita, nak buat logo untuk himpunan, maka kena fikirlah macam mana logo kita tu nanti mampu menjadikan mereka yang melihatnya berasa ‘terpaksa’ untuk datang berhimpun!

Sebab tulah, rekaan logo datang sekali dengan ‘rasional’nya. Sebab pelanggan nak tahu, kenapa anda design begitu. Apa sebabnya, di mana kekuatannya, ada tak kena mengena dengan mereka.

Apa sebab warna itu diguna, mengapa bentuknya begitu, kenapa tidak begini… sekadar menyebutkan beberapa contoh soalan.

Bila rasionalnya tepat, bukan sahaja logo anda diterima oleh pelanggan, tetapi juga mampu mempengaruhi masyarakat umum yang melihatnya.

Oklah, kalau berkesempatan, kami akan menulis pula secara ringkas tentang step-step penghasilan logo nanti. InsyaAllah… kalau sempat.

Jumpa lagi.

Leave a Reply