FREEBIE LAGI: MOCKUP SIGNBOARD DBKL

Siapa yang tak nak benda free kan? Baiklah, hari ni kami nak kongsikan dengan anda satu fail .psd yang kami buat dan kami gunakan dalam mempersembahkan design kami kepada pelanggan.

Fail mockup. Tau tak mockup tu apa?

mockup is a full-size model of a design or device, used for product presentations or other purposes. Think of it as a means of showing off what your design will actually look like when it’s put out into the real world.

design.tutplus.com, 2018

Oklah, lebih kurang beginilah rupa failnya:

Anda download failnya, kemudian, cari layer ‘Rectangle 1’ (maaflah, terlupa nak rename). Seterusnya, double klik pada thumbnail layer tu dan anda akan dibawa ke tetingkap baru. Gantikan apa-apa design yang ada dalam tetingkap tu dengan design anda sendiri.

Contohnya begini:

Oh ya… link untuk download fail .psd ada di bawah tu. Klik wording ‘mockup signboard dkl.psd‘ tu, jangan klik gambarnya.

Free je? Apa kami dapat? InsyaAllah, perkongsian bahan-bahan design ni secara percuma tidaklah menyebabkan kami rugi apa-apa, manakala anda pula sudah pasti mendapat manfaat daripadanya.

Terima kasih kerana terus menyokong kami. Jumpa lagi!