LOGO MAAHAD TAHFIZ ALMASYHUR

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, hari ni kami telah terima satu projek design daripada Ma’ahad Tahfiz Al Masyhur (Perlis). Pihak maahad telah meminta kami menghasilkan logo untuk maahad tersebut.

Mereka juga menyertakan beberapa contoh logo untuk menggambarkan bagaimana logo yang mereka kehendaki dan ianya memudahkan kami untuk memulakan kerja design.

Ringkasnya apa yang pelanggan nak? Logo dan khat.

Logo dan Khat

Jadi, kami bermula dengan kerja-kerja merekabentuk logo terlebih dahulu. Berbantukan Illustrator dan Photoshop, Alhamdulillah, design logo telah kami siapkan dalam tempoh sejam.

Selesai part pertama.

Kemudian, untuk part menghasilkan kaligrafi (khat) , kami telah menggunakan perisian Kelk dan juga Illustrator. Penulisan khat dengan segala ‘bunga’nya dibuat dalam Kelk sementara proses ‘finishing’ pula dibuat dalam Illustrator.

Nampak mudah, tapi dekat sejam jugaklah masa yang kami habiskan untuk part khat ni.

Final Product

Akhirnya, logo yang telah siap kami persembahkan kepada pihak maahad untuk kelulusan. Alhamdulillah lulus!

Ringkasnya logo ini terdiri daripada dua motif iaitu kubah dan kitab pada bahagian bawahnya. Manakala nama logo (rumi dan jawi) diletakkan pada bahagian dalam kubah.

Oklah, sampai bersua lagi. Wassalam.

Leave a Reply