IDEA ASAL DI SEBALIK POSTER INI

Assalamualaikum warahmatullah. Setelah poster terbaru kami ni viral serata maya, hari ni, kami rasa tergerak juga nak kongsikan dengan anda semua berkenaan idea asal di sebalik poster yang telah kami hasilkan ini.

Kredit untuk pereka asalnya yang kami pun tak tahu siapa. Benda tetiba mai kat Whatsapp, tak tau siapa yang punya.

Ni ha… idea dan poster asalnya. Nampak simple ja kan, tapi pada kami, mesej yang ingin dibawa amatlah kuat. Sangat-sangat kuat.

Jadi, kami pun terfikir – “Mesej sekuat ini kalau terbiar begitu saja, rugi. Alangkah baik kalau dihasilkan semua dalam bentuk yang lebih cantik!”

Maka, kerja kami pun bermula dengan kerja-kerja mencari gambar. Kemudian, macam biasa, buat design ‘try-and-error’ sampailah dapat satu konsep yang difikirkan sesuai. Bila dah dapat, kerja-kerja menyiapkan design pun diteruskan.

Dua jam lebih jugaklah masa yang habis untuk siapkan poster ni.

Kalau tengok kat screenshot di atas, nampak banyak layer yang kami gunakan. Ya memang banyak. Tu pun tak semua layer yang muat untuk kami tunjuk. Ada beberapa layer brush untuk hasilkan tekstur dan efek pada bahagian background.

Font? Helvetica, Humnst777 dan Myriad Pro jadi pilihan kami. Font simple-simple macam ni lebih mudah dibaca berbanding font-font yang bebudak wechat suka pakai.

Yang penting mesej sampai kan? Oh ya, bahagian kalilgrafi jawi kat bawah tu bukan kami buat, malas ah nak ambik masa berejam-jam pulak nak buat. Kreditnya kami bagi untuk pereka asal – hanifadnan.

Kredit mana kredit?

Memandangkan idea asal poster ni BUKAN idea kami, maka kami ambil keputusan, biarlah tiada kredit untuk diletakkan pada poster ni. Yang penting mesejnya sampai. Mesej asal yang cuba dibawa oleh si pereka asal tu.

Alhamdulillah, sejak semalam, poster ni dah tersebar merata. Sekurang-kurangnya niat kami untuk bantu sampaikan mesej designer asalnya sudah sampai.