POSTER MEMPERINGATI HARI NAKBAH

Artwork terbaru kami untuk Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis. Poster sempena Memperingati Hari Nakbah yang disambut pada 15 Mei setiap tahun.

Proses pembikinan poster

Proses menghasilkan poster ini mengambil masa lebih 2 jam. Bermula dengan penentuan tema design, hinggalah ke kerja-kerja finishing. Dihasilkan sepenuhnya menggunakan Adobe Photoshop.

Tema yang digunakan adalah ‘grunge’ bagi menguatkan lagi ‘feel’ poster agar mampu membawa mesej poster dengan lebih kuat. Untuk tema ini, latarbelakang dengan tekstur serta brush yang sesuai digunakan.

Oh ya, pemilihan font juga disesuaikan dengan tema yang digunakan.

Apa pandangan anda?