MEMAHIRKAN DIRI DALAM PENGHASILAN KALIGRAFI JAWI

Dua tiga menjak ni, kami mula menceburi bidang rekaan kaligrafi jawi – satu bidang yang amat baru bagi kami. Apatah lagi tiadanya pengalaman secara formal sebelum ini dalam seni kaligrafi ni.

Ini kerana, permintaan dalam penghasilan kaligrafi jawi dalam rekaan (design) semakin meningkat dan kami tidak boleh ketinggalan di belakang. Ya, boleh saja kami berkolaborasi dengan pihak ketiga (third party) bagi menghasilkan kaligrafi untuk kami.

Tapi bukankah lebih baik kalau kepakaran itu ada pada kami sendiri!

Proses pertama – belajar teknik asas dalam penulisan kaligrafi jawi. Zaman sekarang nak belajar bukannya susah, sama ada secara fizikal mahupun maya. Mau dengan tidak saja.

Ya, boleh saja kami berkolaborasi dengan pihak ketiga (third-party), tapi bukankah lebih baik kalau kepakaran itu ada pada kami sendiri!

NINEFOURTY, 8 MEI 2020

Kedua, mencari perisian yang sesuai. Dalam menghasilkan kaligrafi jawi, kami menggunakan dua perisian yang ‘common’ iaitu Kelk dan Adobe Illustrator.

Kenapa Kelk? Kelk ialah perisian asas untuk menulis dalam jawi. Anda perlukannya untuk menulis dalam tulisan jawi, menyusun tanda dan sebagainya.

Setelah siap, fail imej yang disimpan dipindahkan ke Illustrator. Di sini kerja-kerja ‘vectorising’ dan editing dibuat untuk menghasilkan ‘final product’ yang boleh digunapakai dalam sesebuah design.

Alhamdulillah, semakin lama kami terjebak dalam penghasilan kaligrafi jawi ni, semakin kami mula memahaminya. Pesan kami – tak rugi mencuba!