FREEBIE: KALIGRAFI NUZUL QURAN

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Nuzul Quran. Dan seperti biasa, geng-geng designer macam kami ni akan pening kepala mencari-cari kaligrafi jawi untuk Nuzul Quran.

Yalah… sebab nak buat poster.

Menyedari akan hal yang demikian (hmm… macam ayat buku teks pun bunyinya), maka hari ini, kami nak kongsikan dengan anda semua kaligrafi jawi Nuzul Quran yang kami buat sendiri ni.

Bolehla no… daripada takdak langsung.

Taklah cantik sangat sebab yang buat tu pun bukannya cekap sangat. Tapi bolehlah setakat nak guna dalam design tu kan 😀

Oh ya, kaligrafi ni kami buat menggunakan perisian Kelk, kemudian kami trace semula dengan Illustrator sebelum pindahkannya ke dalam Photoshop untuk kegunaan design.

Tu ha… menu untuk download failnya.

Anda akan dapat fail dalam format .ai, .jpg, dan .png. Anda bebas menggunakan kaligrafi ini dalam design. Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat untuk kita semua.

Leave a Reply